Monday, July 23, 2007

Askm semua,

Maaf saya ni selalu lambat reply post. I got a fax redirected from Lin's office sent by Terra, Shah and Nafida...Thank you so much... really appreciate it!

Masa-masa akan datang kalau ada apa-apa nak faks, sila ambil nombor ni...03-61401121 dan alamat kami di OneIIOne View, 31-2 jalan sepah puteri 5/1b, sri utama business centre, 47810 petaling jaya, selangor. (Jangan datang berkhemah depan ofis dah ler hehe...gurau ye Adiena)

ok fid ada tanya pasal pengalaman lepas saya... Itu kena selam dalam2... jauh ke lubuk hati apa sebenar yang fid mahukan dalam hidup... macam saya... saya tidak gemarkan sesuatu yang rutin terlalu lama, saya mahu cari pembaharuan dan cabaran berbeza. Tapi sebelum buat keputusan pastikan perancangan diteliti sebaik2nya, selebihnya tawakkal...Insyallah

pasal 'gathering'!!! buat apa nak susah2kan diri lagipun bukannya ramai sangatkan... Saya pun bukannya ada di KL selalu...Saya ada idea yang lebih bagus hehehe...

Buat masa ni kami sedang terbitkan 2 program; Sarapan Di Mana? dan MRI...jadi kalau u all ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi dengan semua penonton...bagi tau kami...satu gerombolan akan pergi jumpa u all. Tapi kena lah isunya menarik...sebagai contohnya untuk Sarapan Di Mana?...insyallah minggu depan kami akan ke Batu Pahat bawak Abby ke sebuah majlis kahwin tajaan Adabi untuk lihat apa sarapan pagi pada majlis kahwin kat sana?ke Mersing pulak untuk Sunathon... untuk MRI pulak kami akan ke Trg ...ada isu menarik kat sana... dan sebagainya...
mri@otoview.com.my dan sdm@otoview.com.my

Bukannya sombong... tapi rasanya 'gathering' akan lebih bererti bila kita buat amal sekali... u all bukannya dekat elakkan pembaziran... Itu yang Arif buat...hi Arif...jangan putus asa ok teruskan usaha... Minggu depan MRI paparkan isu Arif dan 2 lagi sahabatnya yang tak dapat lanjutkan pelajaran ke luar negara pasal tak da penaja. Kami dah siap editing...rasanya kena sediakan tisu kot hehe

Lin...still in Cape Town? nanti singgah bila dah sampai...jaga diri kat tempat orang...

Ok...yang ni u all perlu tau...bila terlalu stress berdepan dengan pelbagai karenah...tau je la tak semua yang suka dengar nama WAN KAMARUDIN WAN IBRAHIM.... tau apa yang saya buat?

Saya masuk internet dan log in ke sini....pasal apa???...kerana saya tau ada sebahagian kecil lagi yang selalu berada di belakang saya...terima kasih banyak...

Ok jaga diri...

Bye

Wan Din

Monday, July 02, 2007

Assalamualaikum w.b.t semua pengunjung....

MRI dah bersiaran 4 episod dan setakat ini maklumbalas diterima Alhamdulillah.. menggalakkan...Adiena, Syah, Fid, Terra Rossa dan Orkid... terima kasih ya tak jemu-jemu sudi beri komen pasal MRI..saya hargai dan Insyallah kami akan tingkatkan lagi kualiti penerbitan dari semasa ke semasa. Jangan lupa dan segan ya kalau ada isu menarik yang boleh sama-sama kita selesaikan...ingat ya hantar email mri@otoview.com.my

Seperti yang kita maklum dan dinyatakan Lin sendiri dalam blognya, sahabat kita Jaidi Sahar telah pulang ke Rahmatullah pagi Jumaat lepas. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah semoga rohnya ditempatkan bersama mereka yang beriman. Pemergian Allahyarham betul-betul tak disangka namun kita insan kerdil yang tak mampu menghalang ketentuanNya.

Tidak dapat saya sembunyikan rasa sedih dan sayu kerana dua sahabat telah pergi menemui Illahi dalam tempoh dua bulan...bila pulak giliran kita.....

Sampai sini dulu...Insyallah saya singgah lagi...dan Insyallah jika diizinkan kita semua akan bertemu bila tiba masa nanti.

Jangan lupa jaga diri baik-baik ya...

Wan Din